HOME
PENGENALAN
AKTIVITI
ARTIKEL
HUBUNGI KAMI
 
KALAM PENGERUSI
KALENDAR
 
 
LINKS
 
 
DIREKTORI
 
Polis
603 - 8886 2222
Bomba
603 - 8888 0036
Hospital
603 - 8888 0080
Putrajaya Holdings
603 - 8883 8888
Perbadanan Putrajaya
603 - 8887 7000
 
WAKTU SOLAT
 
 
                                 
DAPATKAN AKTIVITI TERKINI SURAU AL-FURQAN PRESINT 11 PUTRAJAYA DI FACEBOOK

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekelian alam, selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad s.a.w.

Saya bersyukur kerana dengan izinNya jua Laman Web Surau Al-Furqan dapat dibina. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Biro Multimedia Surau Al-Furqan yang telah berusaha untuk membina laman web ini untuk ahli kariah Presint 11 khasnya dan warga Putrajaya secara amnya.

Secara umumnya, tujuan laman web ini diwujudkan sebagai salah satu saluran ahli jawatankuasa Surau Al-Furqan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti surau, selain itu beberapa nasihat dan info ringkas berkaitan isu-isu semasa agama Islam turut disentuh agar anak-anak kariah sentiasa prihatin terhadap perkembangan terkini.

Besarlah harapan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Furqan agar anak-anak kariah dapat mengambil manafaat dan pengajaran daripada apa yang telah dipaparkan dalam laman web ini. Segala fakta dan bahan yang disiarkan dalam web ini diambil dari pelbagai bahan yang pada pandangan ahli jawatankuasa boleh dijadikan panduan kepada anak-anak kariah dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim

Disamping itu pihak Surau Al-Furqan juga telah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi (Wireless Fidelity) untuk jemaah dan ahli kariah menggunakan internet secara percuma. Semoga dengan adanya kemudahan ini, Surau Al-Furqan dapat dijadikan tempat untuk aktiviti kemasyarakatan disamping beribadah serta menarik lebih ramai lagi jemaah datang ke Surau. Diharap semua pihak menggunakan kemudahan ini secara berhikmah dan bertanggungjawab

Ahli jawatankuasa juga amat mengalu-alukan segala pandangan dan komen sekiranya ada untuk meningkatkan lagi mutu laman web Surau Al-Furqan ini. Dan sekiranya ada pengunjung yang berminat memberi sumbangan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti surau ini, sila hubungi ahli jawatankuasa surau atau dengan memasukkan sumbangan ke dalam akaun bank surau (Bank Islam Malaysia Berhad) bernombor 16018010005417. Dan terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

Sekian. Wasalam

Ustaz Hashim Bin Salleh

Pengerusi Surau Al-Furqan

Presint 11, Putrajaya

 

 
Pengumuman
Kuliah Maghrib Mei 2012
 
2 Mei 2012 (Rabu)
Penceramah: Ustaz Nik Kamaruddin Bin Yunoh (APMM)
Fiqh Ibadat
 
4 Mei 2012(Jumaat)
Penceramah: Ustaz Yusuf Bin Mohd Nasiruddin
Tahsin Al-Quran
 
10 Mei 2012 (Khamis)
Penceramah: Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin (IKIM)
Fiqh Al-Sirah
 
13 Mei 2012(Ahad)
Penceramah: Ustaz Wan Mohd Bin Wan Sulong (UPM)
Tafsir Al-Quran
 
15 Mei 2012 (Selasa)
Penceramah: Ustaz Heryanto Rizal Bin Rokman
Tauhid
 
18 Mei 2012 (Jumaat)
Penceramah: Ustaz Yusuf Bin Mohd Nasiruddin
Tahsin Al-Quran
 
20 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustaz Zamiri Bin Abd Razak
Fiqh Al-Muamalat
 
23 Mei 2012 (Selasa)
Penceramah: Tn Hj Wan Nawi Bin Wan Teh
Diskusi Buku
 
30 Mei 2012 (Rabu)
Penceramah: Dr Mustafa Bin Umar
Tafsir
 
31 Mei 2012 (Khamis)
Penceramah: Ustaz Hj Syamsuddin Bin Hj Sidek
Kitab Seruan Allah Terhadap Orang Yang Beriman
 
 
 
 
 

 
Kuliah Subuh Bulan Mei 2012
 
6 Mei 2012 (Sabtu)
Penceramah: Ustaz Zarifi Mohd Daud (JAKIM)
 
7 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustaz Mohd Gunawan Bin Che Abd Aziz
 
12 Mei 2012 (Sabtu)
Penceramah: Ustaz Syukri Bin Ismail (SMAP Kajang)
Tajuk: Motivasi Mukmin
13 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustaz Zahari Bin Abdul Latif (Mantan Peg JAPIM)
Tafsir Al-Quran
 
19 Mei 2012 (Sabtu)
Penceramah: Ustaz Ramli Bin Mohammad
Sirah Rasulullah SAW
21 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustaz Amri Bin Abdullah (Kem. Pengajian Tinggi)
Hadith Pilihan
 
26 Mei 2012 (Sabtu)
Penceramah: Ustaz Abu Hisham Bin Yusuf (IPIS)
Kitab Tanbih Al-Ghafilin
 
27 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustaz Zahari Bin Abdul Latif (Mantan Peg JAPIM)
Tafsir Al-Quran
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kuliah Muslimah Bulan Mei 2012
Setiap Hari Ahad (9 pagi - 11 pagi)
 
 
 
6 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustazah Normah
Fiqh Wanita
 
13 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustazah Hasanah
Tajwid
 
20 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustazah Normah
Fiqh Wanita
 
27 Mei 2012 (Ahad)
Penceramah: Ustazah Hasanah
Tajwid
 

Borang Tabung Kebajikan Surau Al-Furqan. Dapatkan Disini !
 
 
 
ARTIKEL
 
MENGIMARAHKAN MASJID SEBAGAI NADI MASYARAKAT

 

Oleh Amran Zakaria

Keindahan reka bentuk binaan semata-mata tak dapat bentuk masyarakat Islam bersahsiah mulia

Masjid adalah rumah Allah SWT yang menjadi tempat manusia sujud, patuh dan mengingatnya. Pengunjung di dalamnya adalah orang yang memakmurnya dan sebaik-baik bidang tanah Allah SWT di muka bumi ini, sebagai menara petunjuk agama untuk majlis zikir, mihrabnya pula adalah ibadat, menaranya pengajaran ilmu dan pengetahuan syariat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan sesungguhnya masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah” ( Al-Jin:18)

Rasulullah SAW pula menyebut mengenai kelebihan bagi mereka yang membangunkan masjid seperti mana sabda Baginda, “Barang siapa yang membangun rumah Allah (masjid) di dunia, maka Allah akan membangunkannya rumah di syurga” (Riwayat Muslim).

Kini didapati pembabitan generasi baru dalam menjayakan pelbagai aktiviti masjid tampak muram dan suram sekali. Berbeza dengan aktiviti hiburan yang sentiasa penuh dan kadang kala melimpah ruah. Perkembangan ini dibimbangi akan memberi kesan untuk jangka panjang. Setidak-tidaknya sebelum gambaran yang tidak ceria terpaksa diterima, kita bersedia untuk bertindak lebih awal dari menjangkakan sesuatu yang pasif secara memanjang.

Pendekatan baru memperkasakan aktiviti masjid mesti dimulakan dalam bentuk tindakan dan bukannya teori lagi. Fokus kepada usaha menjadikan masjid sebagai paksi aktiviti ummah sama ada di bandar atau di kampung hendaklah dijadikan agenda negara yang diminitkan untuk dilaksanakan segera.

Selama ini kita banyak memberi fokus lebih kepada aspek reka bentuk dan perancangan bangunannya mestilah berjalan serentak dengan memperkasa aktiviti dan fungsi masjid itu sendiri agar mampu mengharungi arus cabaran semasa.

Jika kita ghairah untuk bercakap mengenai kecantikan dan hiasan masjid semata-mata atau menceritakan kehebatan masjid berdasarkan sejarah keagungan Islam, selama itulah kita terus hanyut dengan memori silam yang amat indah. Justeru, kita akan tetap leka dan alpa. Manakala hasilnya kita akan gagal dan terus gagal dengan teori kecemerlangan silam pastikan berulang. Maknanya, perancangan untuk memperkasa masjid sebagai institusi kental masyarakat tidak akan berjaya. Apalagi dalam membentuk masyarakat Islam semasa yang bersahsiah mulia dan berupaya menghadapi cabaran semasa.

Krisis identiti yang melanda generasi Islam kini memerlukan pembedahan segera untuk mencari puncanya. Gejala sosial yang melanda remaja berkait rapat dengan keadaan mereka yang kehilangan tanggungjawab kepada ibu bapa dan kehidupan bermasyarakat dan kita gagal mencari jawapannya walaupun berhadapan soalan yang sama untuk sepanjang masa. Walhal jawapan yang tepat ialah faktor menjauhi masjid dan membunuh benih-benih agama dalam diri.

Apa yang dimaksudkan dengan krisis identiti ini adalah pembenihan budaya asing yang dulunya dianggap luar biasa dan janggal di dalam budaya hidup masyarakat Muslim. Bayangkan keadaan di mana proses pembesaran seseorang individu tidak lagi diikat dengan amalan kehidupan Muslim yang amat rapat dengan kita sebelum ini seperti upacara berkhatan, marhaban, perkahwinan dan khatam al-Quran.

Adalah wajar aktiviti semasa dan amat popular di kalangan masyarakat pelbagai peringkat pada hari ini dibawa ke masjid bagi menarik generasi muda dan mempertahankan hubungan komuniti setempat.

Pertama, mewujudkan medan ilmu dan memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat (ICT) di masjid. Kita dapati bahawa pengisian akademik mempunyai beberapa matlamat penting dalam pembinaan seseorang Muslim yang berilmu, beribadah, bertanggungjawab dan berkeperibadian tinggi. Seseorang Muslim itu perlu memahami tanggungjawab individu sebagai seorang Muslim dari sudut memahami dan mempraktikkan ibadat khusus dan tanggungjawab terhadap keluarga, tetangga dan komuniti. Minda seseorang Muslim itu dibentuk agar ia lebih kritis mencari, memahami dan menilai ilmu dan bukan bergantung semata-mata daripada satu sumber ilmu saja.

Kedua, Muslim yang mempunyai hubungan silaturahim yang erat sesama sendiri dan mempunyai tahap toleransi baik dengan bukan Muslim dalam sesebuah komuniti melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti ini juga dilihat sebagai medan saluran berdakwah kepada masyarakat bukan Muslim. Seseorang Muslim itu perlu mengetahui tanggungjawab serta cabaran yang mungkin diterima daripada orang yang belum menerima penjelasan Islam dengan baik.

Ketiga, dalam menghasilkan Muslim yang mempunyai tubuh yang sihat dan kuat bagi menggembleng segala aktiviti serta mampu merapatkan hubungan komuniti setempat, aktiviti yang sesuai dan dicadangkan berkait dengan aspek penjagaan kesihatan seperti khidmat ceramah kesihatan, rawatan dan pemeriksaan kesihatan yang berpusat di masjid.

Keempat, pembabitan golongan remaja seharusnya diberi perhatian khusus sebagai pelapis generasi Islam yang mempunyai tanggungjawab jelas. Mereka ini akan mewarisi budaya hidup Islam. Program-program sesuai seperti sukan, sukaneka, pelajaran seni mempertahankan diri dan senaman dapat menjayakan objektif pembangunan jasmani ummah.

Kelima, pembangunan ekonomi setempat melalui penjanaannya yang berpusat di masjid. Budaya menerima sumbangan derma mestilah disertakan sama dengan usaha kepelbagaian ekonomi yang berteraskan keusahawanan dan perniagaan. Adalah wajar kalau masjid boleh digarap sebagai medan penjanaan ekonomi ummah.

Kursus motivasi yang dijayakan di masjid akan dapat mempertemukan individu serta keluarga dalam suatu keluarga besar. Hubungan kemasyarakatan menjadi lebih rapat dan tentunya akan memudahkan pengisian program keagamaan dan pendidikan.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islami (DAMAI)

 


 
   
MAKLUMBALAS



 
Anda pelawat yang ke:
hit counters
   
 
Hakcipta terpelihara Biro Multimedia Surau Al-Furqan 2008